13.4.10

16 APRIL - ULANGTAHUN SAUJANA KE 13



Dengan izin Allah Taala, usia SAUJANA kini mencecah 13 tahun. Alhamdulillah. Semoga Allah memberkati segala usaha juang kami selama ini. Terima asih buat ibubapa, guru-guru dan teman-teman peminat atas sokongan dan doa kalian. Kami amat menghargai. Biarpun pelbagai mehnah mendatang, ia tak pernah menjadi penghalang malah ia menjadi inspirasi buat kami tetap berdiri.
1. Insya Allah, ulangtahun ke 13 in akan kami sambut dengan kesyukuran di Acheh. Kebetulan mendapat jemputan daripada teman-teman di sana. Saujana juga akan mengadakan satu konsert mini hujung April ini di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Tempat lahirnya SAUJANA.
2. Terima kasih juga pada Hijjaz Records yang merealisasikan cita kami dengan lahirnya album Nota Cinta. Hadiah buat peminat selama 13 tahun bersama SAUJANA.
3. Kami juga punya banyak rencana unutk dilaksanakan dalam masa terdekat ini. Insya Allah, mohon tiada araal yang melintang. Namun, Allah jua sebaik-baik perancang.

19.3.10

"Calon-calonnya adalah.."



1. Assalamualaikum. Salam mahabbah buat semua. Maaf lama terbengkalai dek kerana kesibukan undangan show sana sini. Alhamdulillah dalam dua bulan ni dah banyak Saujana merantau untuk kompang-kompangkan album Nota Cinta.
2. Entri kali ni nk khabarkan pada kalian kisah pencalonan Saujana dalam dua anugerah yang paling berprestij di Malaysia - Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dan Anugerah Industri Muzik (AIM).
3. Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Kategori Artis Nasyid Popular: Raihan, Rabbani, Hijjaz, Inteam dan SAUJANA
4. Anugerah Industri Muzik (AIM) Kategori Album Nasyid Terbaik: HAFIZ HAMIDUN/For Allah, INTEAM/Allahu Rabbi, RABBANI/Mahabbah, MARJAN/Suatu Perjalanan dan SAUJANA/Nota Cinta.
5. Anugerah Industri Muzik (AIM) Kategori Lagu Pop Etnik Terbaik: AIMAN/Dusta Berkalana, GHAZALA/Penangan Rindu, MAWI/Barangkali, NORANIZA IDRIS/Enjut dan SAUJANA/Inang Anak Perantau.
6. Bagi kami, bukan kemenangan yang dicari. Tetapi keberadaan sebagai finalis sudah cukup sebagai kayu ukur dan inspirasi untuk kami lakukan yang lebih baik untuk akan datang. Ini juga bukti tanda sokongan dan doa para peminat. Yang selebihnya Allah jua yang menentukan.

9.3.10

Universiti Teknologi Petronas & UDA Holdings




1. Seawal pagi, kami dah bertolak ke ibukota untuk ke ibupejabat UDA Holding di Bukit Bintang. Menjayakan Sambutan Maulidurrasul. Di sana Pyan sempat berjumpa dengan anak-anak didik nasyid yang telah diajar tahun lepas bersama Allahyarham Us Asri Ibrahim dan Azadan.
2. Kami sempat juga mendengarkan forum yang dikendalikan oleh Ustaz 3 beradik dengan kupasan isu yang sungguh menarik berkaitan "Amalan Sunnah Rasulullah". Terima kasih pada abg Wan Saufee atas pengurusan jemputan persembahan.
3. Lantas selepas usai persembahan kami terus saja bergegas ke Utara. Universiti Teknologi Petronas (UTP) bagi menjayakan Malam Inspirasi Seni Islam. Selain persembahan, kami juga bertindak sebagai juri untuk pertandingan nasyid.
4. Johan pertandingan nasyid: Kumpulan All For Ummah (daripada 10 org ahli, 6 org adalah bekas pelajar SMAP Kajang! hehe) tapi tiada unsur pilih kasih ok, diorang memang layak menang.
5. Saujana sangan teruja dan terharu dengan penonton yang sangat sporting dan mesra itu. Sempat la nyanyi "Patah Hati" reramai. Siap mintak nyanyi lagi sekali.. Jemput le lagi yer :)

23.1.10

Promosi Nota Cinta di Mana-Mana!

Insya Allah lepas ni Saujana akan join program Nazrey Tour De Tahfiz di IPT lain pulak! Tunggu~
khusyuk membawakan Nota Cinta & Patah Hati di KUIS
aksi di UIA Nilai ~ ini merupakan lokasi pertama promo tour Nota Cinta Saujana
1. Sejak berada di pasaran awal Januari, Saujana giat mengadakan promosi di merata tempat. Pusingan awal ini Saujana mulakan di IPT sekitar Lembah Klang. Alhamdulillah sambutan yang diberikan amat menggalakkan.
2. Kami juga turut mendapat kerjasama daripada team Nazrey Johani Tour De Tahfiz dan selepas ini mungkin ada lagi konsert lain bakal menyusul bersama Abg Nazrey dan rakan nasyid lain di IPT yang terpilih. Tak lupa juga terim akasih kepada Inteam yang turut mempelawa kami bersama mereka dlaam rangka promosi album kami. Terharu.
3. Nampaknya, jadual promosi Saujana sehingga bulan Mac ini agak padat. Doakan semuanay lancar dan kami dapat sampai ke tempat anda!
4. Jangan lupa dapatkan Nota Cina di pasaran ya!Kalau beli di lokasi promosi kami leh dapat diskaun lagik!

Temuramah Mesra & Meriah di IKIMfm!

Eh? Abang Isman Hijjaz pun ada? Hmm patutler meriah konti..
Bergambar kenang-kenangan bersama DJ Ani yang sporting
1. Tiga bulan yang lalu, Saujana pernah berjanji untuk membawa Album Baru sekiranya sekali lagi bertemu DJ Ani. ALhamdulillah kali ini janji kami tepati dengan membawa dan mempromosikan Nota Cinta di IKIMfm. Berkat doa teman2 semua.
2. Lebih istimewa dan meriah apabila Abg Isman Hijjaz (Pengarah Urusan HRSB) turut bersama kami memeriahkan konti. Abg OS, Big Bos Marketing pun ada..
Selama dua jam, DJ Ani sempat memasang hampir 4 lagu daripada album Nota Cinta sebagai 'umpan' kepada pendengar IKIMfm. Dapat jugak kami entertain panggilan telefon dan membacakan SMS peminat yang tak putus-putus dari awal rancangan. Terima kasih semua.
3. Maaf la kalau ada yang tak terbaca dan terjawab ye. Pepepun, kami terharu dengan layanan mesra DJ Ani dan pendengar IKIM. Jumpa lagi lain siaran! Tak lupa juga buat penerbit: Kak Nik Hasnah dan Mazlina.

21.1.10

Pertaruh Noktah Cinta (alamak! salah pulak tajuknyer..)

Oleh Norhayati Nordin
Harian Metro 22 Januari 2010 (Jumaat)

SELAMA 13 tahun berkecimpung dalam industri muzik tanah air yang boleh dianggap antara pelopor irama nasyid dikenali, Saujana kini tampil dengan album ketujuh. Mempertaruhkan Noktah Cinta, pastinya harapan indah diimpikan untuk berjaya apatah lagi, selepas empat tahun menyepi daripada rakaman album baru,

Malah Saujana tetap yakin dengan kemunculan album baru selepas lama menyepi. Jika kebanyakan artis tanah air memilih menghasilkan single atau album mini memuatkan tujuh hingga lapan lagu dalam satu album, Saujana pula berani mengetengahkan 14 lagu baru yang turut memuatkan lagu Sepohon Kayu yang diberi nafas terkini.


Sufian berkata, menerusi rakaman semula yang dilakukan judul lagu itu kini diubah menjadi Sepohon Kayu Daunnya Rimbun. Selepas seminggu dipasarkan, sambutan ke atas album baru itu sangat menggalakkan terutama di kalangan belia.


"Memang menjadi sasaran kami pada awal kemunculan album ini untuk menarik golongan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan tidak disangka sambutannya pun baik. "Bagi saya, selepas empat tahun tak hasilkan album, ini mungkin masa ditunggu.


"Apapun, sebenarnya album ini sangat sesuai didengar untuk golongan berkeluarga kerana menepati cita rasa pelbagai peringkat usia. Bukan saja ibu bapa tetapi anak-anak juga boleh tertarik mendengarnya kerana rangkuman lagu-lagu yang bagus.

"Sehubungan itu, saya menjangkakan lagu seperti Noktah Cinta dan Patah Hati yang dicipta Hafiz Hamidun dan lirik ditulis Ahmad Fedtri Yahya akan menjadi pilihan pendengar. Buat anggota Saujana sendiri, lagu Patah Hati membawa makna tersendiri.


"Banyak kesan mendalam kami rasai pada lagu ini (Patah Hati). Oleh itu, kami mahu peminat mendengarnya dan menilai bersama. Selain itu, maklumat lanjut mengenai Saujana dan album ini, orang ramai boleh melayari laman web www.saujana.net.com," katanya.


Berkonsepkan irama nasyid progresif, Saujana memilih untuk memuatkan genre muzik seperti pop, samba, inang dan balada demi menepati kehendak pendengar. Diterbitkan Hijjaz Records Sdn Bhd (HRSB), album ini diedarkan Warner Music (M) Sdn Bhd dengan kerjasama HRSB.


Lagu lain dalam album Noktah Cinta ialah Titik Ajaib, Ya Muhaiminu Ya Salam, Khabar Dari Langit dan Sifatullah. Album ini mendapat sentuhan komposer yang giat aktif dalam bidang nasyid seperti Munif Ahmad, Isman dan Faizal dari kumpulan Hijjaz serta anggota Saujana yang turut menyumbang lagu.


Selain muncul dengan album baru, Saujana juga teruja dicalonkan dalam senarai 'top 5' Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009) berentap dengan empat kumpulan nasyid ternama tanah air, Raihan, Rabbani, Inteam dan Hijjaz.


Sufian berkata, kumpulannya sangat bersyukur dengan undian peminat dan ini adalah pencalonan kali kedua Saujana di ABPBH.


Ditanya apakah mereka sekadar pelengkap untuk senarai 'top 5', Sufian menolak andaian mengenai undian pencalonan dilakukan sendiri anggota Saujana. Katanya, dia yakin masih ada peminat dan Saujana sesekali tidak akan mengundi diri sendiri.

"Saya percaya pemilihan kami dibuat peminat. Menang atau kalah, adat bertanding. Apapun, hakikatnya Saujana berasa kerdil apabila melihat pesaing yang jauh lebih hebat. Sama ada Raihan, Rabbani, Inteam dan Hijjaz, masing-masing ada kelompok peminatnya.


"Malah, pada pencalonan awal lalu saya juga melihat banyak kumpulan nasyid dipertandingkan, tetapi syukur nasib dan rezeki menyebelahi kami. Justeru, saya melihat Saujana mampu memberi persaingan yang sihat dalam industri nasyid tempatan.


"Apapun, ingin saya jelaskan Saujana bukanlah kumpulan nasyid yang bergiat aktif sepenuh masa dalam bidang seni. Buat masa ini, anggota Saujana memiliki karier lain dan saya fikir ia lebih baik untuk masa depan kami," katanya.


Menurut Sufian, buat masa ini Saujana tidak menghadapi sebarang masalah dalam pembahagian jadual kerja dan aktiviti nyanyian. Katanya, syukur kepada Tuhan kerana sehingga kini semua yang dirancang berjalan lancar serta masih dapat dikawal.

4.1.10

Dapatkan Nota Cinta Di Pasaran!

Penantian empat tahun Saujana berakhir apabila Hijjaz Records menerbitkan album ketujuh SAUJANA berjudul Nota Cinta. Album ini muloa berada di pasaran Januari 2010!
1. 14 trek lagu termuat di dalam album ini. Insya Allah peminat konpem puas hati.
2. Album ini menampilkan line baru SAUJANA iaitu Pyan, Azalinor, Adi dan Najran. Manakala ahli-ahli asal yang lain akan turut serta bila-bila mereka free.
3. Rencana unutk mengadakan tour seluruh IPT dan sekolah sedang giat dirancang. Nantikan SAUJANA di tempat anda!
4. Anda juga boleh membeli album dengan menghubungi SAUJANA di talian 012-2711722.

2.1.10

2010 Yang Hangat!


Semoga semuanya lebih bermakna untuk tahun baru 2010 ini! Bagi SAUJANA, tahun ini merupakan tahun penentuan bagi kami melihat sendiri usia 13 tahun berada di dalam industri nasyid tanahair. Tahun ini muncullah album ketujuh SAUJANA berjdul 'Nota Cinta' setelah sekian lama menanti. Kami akan cuba yang terbaik untuk album ini. Buat peminat, inilah hadiah untuk anda.

Look forward to a brighter year of 2010. This year would be real test for SAUJANA facing our 13th years in the industry. For all our fans out there, Nota Cinta is a special 'gift' for your patience and support. We will survive, and will never give up!

16.11.09

Selamat Berjaya


Inilah penentuan di mana kita di masa hadapan! Jadi, buatlah yang terbaik untuk SPM. Pastikan kesihatakn adik-adik semua dalam keadaan baik sepanjang musim peperiksaan. Semoga usaha kalian selama ini berbaloi dan dikurniakan kejayaan untuk peperiksaan SPM. Wallahu yubarik fikum!

18.10.09

Tribute To Us Asri Ibrahim


UIAM 13 OKT: 7 artis nasyid berkumpul dan bersatu untuk menunjukkan rasa rindu dan penghargaan kepada Allahyarham Us Asri yang dirindui. Kerjasama antara MUNSYID dan SRC UIA ni nampaknya berjaya mengumpulkan peminat-peminat nasyid khususnya paminat Us Asri. Rabbani, Raihan, Hijjaz, Inteam, Fareast, Syifa dan Saujana masing-masing telah menyanyikan dua buah lagu termasuk sebuah lagu yg dipopularkan sendiri oleh Us Asri. Syahdu sangat malam tu. Saujana telah menyanyikan Di Mana Kan Ku Cari Ganti dan Munajat dengan iringan tarian sufi dari pelajar UIA. Tersedu-sedu kami bila nyanyikan lagu Munajat. Terima kasih diucapkan kepada TM sebagai penaja utama malam tu.. Semoga program sebegini dapat di bawa ke IPT yang lain pulak next time..
Credit photo to Zakuwan Adnan

Sepohon Kayu Daunnya Rimbun!


Itulah tajuk album baru Saujana yang akan muncul bila-bila masa dari sekarang. Edaran Hijjaz Records. Progressnya sudah sampai ke peringkat akhir suntingan dan pembikinan cover album. Alhamdulillah baru-baru ni Saujana diberi peluang untuk mengadakan sesi fotografi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya atau Masjid Besi. Terima kasih kepada pihak JAKIM dan Masjid Besi atas kebenaran itu. Seharian kami di Masjid Besi demi mencari angle2 terbaik utk cover album nanti. Hasilnya nantikan saja album terbaru nanti ye. Thanx Byrd dan rakan2 dari hijjaz Records yang menjayakan fotografi haritu.
Credit photo to Nadhirah.

13.8.09

Al-Fatihah


Saujana ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Asri Haji Ibrahim serta Kumpulan Rabbani. Moga tabah hadapi dugaan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan menempatkannya bersama para solehin, syuhada dan berbahagia di syurga nanti. Kepada rakan-rakan penasyid, kuatkan semangat, teruskan perjuangan ustaz selama ini. Kepada seluruh teman-teman peminat, bila teringat pada Ustaz Asri, jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah ye.

12.8.09

Ramadhan Tiba Lagi!

Bulan kesyukuran, bulan rahmat dan bulan maghfirah... Itulah imbauan indah Bulan Ramadhan yang hampir tiba. Maka berialah semua muslimin dengan ketibaannya. Nescaya bergandalah ganjaran untuk yang beribadah kepada Nya Allah.
Untuk Ramadhan yang mulia ini, anda juga berpeluang menemui artis nasyid kegemaran anda selain berbuka puasa di Kelana Sentral yang baru dibuka. Selain itu, jangan lupa ke Hotel Singgahsana dan Teratak Hijjaz Putrajaya kerana pelbagai juadah menarik tersedia. Yang penting, kemudahan beribadah juga selesa untuk anda sekeluarga.

18.7.09

Tahniah Para Graduan!


Saujana ingin mengucapkan tahniah buat para siswa dan siswi yang bakal menerima scroll kalian tak kira apa jua bidang pengajian, tak kira di mana tempat kalian belajar. Semoga menjadi inspirasi untuk ahli keluarga, sahabat handai dan generasi muda. Semoga kalian lebih cemerlang untuk menghadapi masa hadapan!

30.6.09

Saujana Di Suarasa TV9 Muar


Program: Suarasa TV9
Lokasi: Tanjung Mas, Muar Johor
Tarikh: 4 Julai 2009
Artis: Saujana, Hafiz Hamidun, Amy Mastura, Imran Ajmain dan ramai lagi.
Pada yang tinggal berdekatan (berjauhan pun buleh hehe) anda dijemput sama memeriahkan program ini. Jumpa di sana! Insya Allah Saujana akan membawakan single terbaru Patah Hati.

11.6.09

Keluarga Bahagia Akustik


Lagu ini kami nyanyikan sewaktu Program Hari Ibu IKIMfm di Teratak Hijjaz Putrajaya. Semoga terhibur.. Sekarang sedang berlatih lagu-lagu baru yang lain untuk dipersembah secara akustik juga..

2.6.09

Pada Sekali Lafaz


Selamat berbahagia Azalinor & Suhaila

Antara hantaran pihak lelaki & perempuan

Azalinor & Suhaila - Dari Greenwood ke Woodlands

Alhamdulillah dengan izin Allah Taala maka termetrai sudah janji kasih antara dua insan bernama Azalinor Abdul Rahman dan pasangannya Suhaila Soffian. 30 Mei yang lalu, kedua pasangan ini telah diijabkabulkan oleh ayahanda pengantin perempuan iaitu Haji Soffian di Masjid An-Nur Woodlands Singapura disaksikan kedua-dua belah keluarga dan tetamu yang hadir. Pada 6 Jun nanti, akan berlangsung pula walimah pihak lelaki di Greenwood. Apapun, seluruh keluarga Saujana mengucapkan Selamat Pengantin Baru untuk pasangan ini. Semoga berbahagia dunia dan akhirat.

28.5.09

Malaysia Hari Ini TV3




Jumaat lepas kami muncul di MHI atas jemputan Fedtri Yahya (penerbit) yang juga merupakan penulis lirik Patah Hati yang kami persembahkan pada hari tersebut. Thanks Fedtri! Sempat chit chat kejap je, x banyak sangat soalan. Tapi ok la sekadar memperkenalkan single terbaru Saujana untuk album ketujuh bersama Hijjaz Records. Thanx for supporting guys! Apa-apa perkembangan akan kami maklumkan. credit photo: G-jart - Surah

24.5.09

LAGU BARU: NOTA CINTA


Andainya dapat kumenulis
Nota-nota cinta buat diri Nya
Inginku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga yang indah berseri

Kusembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada Nya
Kasehku balas cinta Nya
Setiaku balas kasih Nya
Kasihku kasih yang setia pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat Nya
Akurku kebesaran Nya
Teragung Maha Suci Nya
Taatku hamba yang hina pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat Nnya terus mencurah-curah
Nur hidayah Nya semakin cerah

Lagu: Baysirna
Lirik: Baysirna
Artis: Saujana

*harap sabar menantikan album terbaru Saujana

21.5.09

RAKAMAN BERMULA!

1. Maaf kerana dah lama x update. In pun posting via handphone. Alhmdlh skrg teknologi byk membantu.
2. Ni gambar waktu rakaman di Hafis' Place (arteffects) utk lagu Patah Hati. Lagu hafizhamidun, lirik fedtriyahya (thanx guys!)
3. Gambar2 lain akan kami update kemudian. Yg penting, Saujana dh mulakan rakaman. Setakat ni dah 50% siap! Alhamdulillah.
4. Mohon doa dari teman2 moga semuanya lancar. Terima kasih.