24.5.09

LAGU BARU: NOTA CINTA


Andainya dapat kumenulis
Nota-nota cinta buat diri Nya
Inginku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga yang indah berseri

Kusembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada Nya
Kasehku balas cinta Nya
Setiaku balas kasih Nya
Kasihku kasih yang setia pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat Nya
Akurku kebesaran Nya
Teragung Maha Suci Nya
Taatku hamba yang hina pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat Nnya terus mencurah-curah
Nur hidayah Nya semakin cerah

Lagu: Baysirna
Lirik: Baysirna
Artis: Saujana

*harap sabar menantikan album terbaru Saujana

5 comments:

UkhwahForever said...

Yeay! Will be waiting!
Hope for more inspirational lyrics and songs from saujana!

nur_nj said...

Lagu paling best! Really like it...
Tahniah Saujana atas kelahiran album baru... Puas sebab dapat beli album Saujana..

hassan1663 said...

pertama kali dengar, terus 'jatuh cinta' ...

adilahamzah said...

salam..
lagu ni sebenarnya utk sape?
Pencipta atau manusia?
Jika pencipta boleh ke kita gantikan dengan diri pada rangkap

"Nota-nota cinta buat diri Nya"

sedangkan diri itu bermakna manusia?
Sekadar bertanya kerana banyak lagu sekarang yg menisbahkan Allah=diri..

Apapun, ptama kali dengar lagu ni, terus terpikat..Subhanallah!

nasyid said...

lagu yg mendidik hati..
bg yg mahu berfikir..